19 January 2009



mengapa tidak semua soalan ada jawapannya
mengapa sesetengah perkara perlu disembunyi dirahsia

mengapa kalau sudah ditakdirkan
ada yang masih bertanya
mengapa kalau sudah disampaikan
ada yang masih menolaknya


aku?
-
aku masih tertanya-tanya
kalau kewujudankanku hanyalah kerana satu misi
mengapa aku berpaling
mengapa aku melarikan diri
mengapa aku tidak berjuang bermati-matian
-
aku masih tertanya-tanya
kalau kewujudan sesuatu itu memang benar
mengapa aku marah
mengapa aku bingung
mengapa aku tidak boleh menerima sepenuh hati

tetapi satu aku pasti
tiada apa akan terjadi
melainkan ada penyebab
dan sebab
disebaliknya

No comments: