7 May 2009

j.o.u.r.n.e.y

kata orang
hidup itu bagai roda

kalau perumpamaan itu betul
roda aku telah memulakan perjalanannya dari awal waktu
pada sesetengah ianya terlebih awal
pada yang lain ianya satu kelebihan
tapi pada aku
ianya bukan satu isu
asalkan aku terus mara
asalkan aku tak berhenti dan menarik diri

kalau itu perumpamaan betul
roda aku sangat kecil
aku berada di atas satu saat
saat seterusnya aku sudah berada di bawah

kalau itu perumpamaan betul
roda aku bukan bulat sempurna
aku boleh berduka waktu dunia menyebelahiku
aku boleh gembira waktu dihenyak dunia

mengapa?
mungkin kerana aku tahu
aku hidup bukan kerana dunia semata-mata

kalau itu perumpamaan betul
roda aku sekarang tersekat
di lubang yang sama
buat kali yang keberapa
aku sudah jemu mengiranya

tapi Tuhan kata
orang mukmin tidak melakukan kesalahan sama berulang kali
mahukah aku menjadi seorang mukmin?
perbuatan aku tidak mengiakannya
maMpukah aku menjadi seorang mukmin?
janji-janji Tuhan tidak pula menidakkannya

kalau perumpamaan itu betul
roda aku sedang berputar bersama roda-roda yang lain
aku tahu
kerana aku boleh dengar bunyinya

kalau perumpamaan itu betul
roda aku masih punya harapan
kerana aku tahu siapa Penciptanya


No comments: