12 September 2008

aku tidak mengerti

aaaahhhh

terkadang aku iri hati
tetapi wajarkah?

bukan iri pada harta
bukan iri pada paras rupa
hanya iri pada satu perkara
SATU perkara
tetapi wajarkah?

aku selalu berkata pada diriku
aku tidak perlu semua itu
tetapi sejenak selepas aku nekad
bersemangat untuk meneruskan perjuangan
aku rebah
kekuatan yang ada hancur berkecai

lupakah aku Tuhan sentiasa disisi?
tidak pernah mengabaikan org yg sentiasa mengingatinya
tidak pernah memungkiri janjinya

lupakah aku untuk bersyukur pada Tuhan?
nikmat yang diberi melimpah ruah
aku belum pernah hidup susah

lupakah aku Tuhan arif dengan apa yang terbaik buatku?
perjalanan hidupku sudah disusun
mungkin tidak disusun dengan rapi
untuk memberi ruang pada naik dan turun
tetapi yang pasti
ianya disusun dengan teliti
tidak akan melebihi daya yang mampu dibeban

tetapi aku masih seorang manusia
lemah
hanya mampu berusaha
dan hanya mampu berdoa



ya Allah, jika ianya hanya menjauhkan diriku dariMu, maka jauhkanlah ia dariku. jika ianya akan menolongku berjihad dijalanMu, maka kurniakanlah ia, semoga ia dapat mendekatkan diriku pada syurgaMu

No comments: